'Positif' banyak kerja dan orang sekeliling melihat kerjanya senang.
'Negatif' banyak buat mesyuarat, kerja luar dan pandai 'kipas'.
'Neutral' tidak tahu statusnya.
Dah 327 hari aku kat sini, aku pun tak tau aku sebelah mana. Positif dan negatif kelihatan akrab bila negatif nak mintak tolong dari positif. Lepas dah dapat, blah macam tu ja. Sebelum tu, bukan main ramah nak mampus. Tapi neutral nie susah nak ditafsirkan sikit sebab tak tau dia sebelah mana.
Mesyuarat pengurusan? Mesyuarat pengurusan penting bagi mengetahui perkembangan, masalah dan kerja terkini. Tapi bagi situasi di sini, mesyuarat pengurusan subjektif.
Positif menganggapkan sebagai merugikan masa sebab takdak benda sangat pun nak dibincangkan dalam mesyuarat tu padahal banyak lagi kerja yang perlu dihabiskan.
Negatif suka benda-benda macam nie sebab time nie boleh update diri dan bodek.
Neutral is always neutral lah kan.
Bila bos takdak kat ofis?
Bos ka dia tu? Semua orang suka, sapa yang tak suka kalau bos takdak kat ofis. Tapi musykil lah pulak, situasi kat sini, bos hanya masuk ofis seminggu sekali, so apa yang nak ditakutkan. Mungkin bila pengurus yang takdak kot. Ok, tukar topik kepada Bila pengurus takdak kat ofis? Bila pengurus takdak kat ofis lain pulak cerita dia.
Positif suka, suka dan suka tapi kerja tetap kerja.
Negatif bertambah negatif tetapi mungkin menjadi mata-mata kepada pengurus.
Neutral suka dan mungkin juga menjadi mata-mata kepada negatif dan pengurus.
Internet.
Internet penting bagi semua orang termasuk 3 jenis orang nie sebab ada agenda-agenda dia. Ada yang check email, sumber rujukan, ilmu dan songsangan. Macam-macam boleh jadi bila internet nie tiba-tiba takdak.
Positif, kerja sentiasa jalan tapi kebaikan dia kerja lebih cepat berjalan.
Negatif, mengeluh dan taktau nak buat apa dah. Mundar-mandir ja lah.
Neutral, tak kisah pun.
Pengurus, ish, macam mana nie, saya nak kena email nie.
Kerja memang best. Positif ka, negatif ka, neutral ka, kita pun tak tau tafsiran orang lain terhadap kita. Ada yang tengok kita nie sebagai positif, ada pulak yang anggap kita negatif dan ada yang tafsir kita nie neutral. Setiap individu ada positif, negatif dan neutralnya.